Showing posts with label ikrar. Show all posts
Showing posts with label ikrar. Show all posts

Ikrar Guru & Murid

Ikrar Guru
Bahawasanya kami, Guru Negara Malaysia, dengan ini berikrar:

  • Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami.
  • Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami.
  • Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan Negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara pada setiap masa.

Ikrar Murid
Kami murid SK Bukit Gemuruh  berikrar dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan cita-cita kami berasaskan prinsip-prinsip rukunegara

Ikrar Intergriti Perkhidmatan Awam Malaysia

Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan intergrti Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:

Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
Kedua     : Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga     : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat intergriti dan imej pegawai awam; dan
Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

Ikrar Perkhidmatan Awam Malaysia

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, membuat ikrar di sini, bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, kami patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas-tugas ke arah ini, kami:

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
  • Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan penbangunan negara
  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama