SK Bukit Gemuruh (JHEOA) ke arah menjadi sekolah murid orang asli terbaik daerah menjelang 2014
Misi
Melahirkan insan yang berilmu, beramal, berketrampilan dan berinovatif berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Objektif Sekolah
- Memberikan pendidikan peringkat sekolah rendah dan membolehkan murid-murid mempunyai asas yang kukuh sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.
- Mewujudkan budaya rajin menimba ilmu dan memupuk minat dan sikap suka membaca di kalangan murid.
- Membimbing murid-murid ke arah perlakuan yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin tinggi dan taat kepada perintah agama.
- Mengamalkan budaya ‘bersih’ di kalangan murid.
- Memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang tanggung jawab mereka terhadap diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa, agama, dan negara.
- Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.
- Mengeratkan hubungan di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga murid dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment