Santai Minda 01

Pukul Anak
Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah, "Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

Harga Sebentuk Cincin
Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".

Kedai Pakaian Lelaki
Seorang pengurus pusat membelibelah memiliki tiga ruang untuk disewakan, semuanya bersebelahan.

Seorang calon penyewa muncul dan mengatakan ingin menyewa ruang paling kiri untuk kedai pakaian lelaki.

"Itu bagus", kata pengurus tersebut. "Anda akan diberikan papan perniagaan percuma, apa yang ingin anda tulis pada papan perniagaan tersebut?" "Pakaian Lelaki", kata lelaki tersebut.

Kemudian datang seorang lelaki yang lain yang berhajat untuk menyewa ruang kedai yang paling kanan. Ketika ditanya lelaki tersebut mengatakan ia ingin "Pakaian Lelaki" pada papan perniagaannya. Pengurus mengatakan kepadanya bahawa kedai yang sebelah kiri akan memiliki papan perniagaan yang sama. "Tidak masalah", kata lelaki tersebut.

Akhirnya orang ketiga datang untuk menyewa ruang tengah. Pengurus agak gusar kerana orang ini juga memilki kedai pakaian lelaki. Dengan hati-hati pengurus meminta orang ketiga apa yang dia inginkan untuk ditulis pada papan perniagaannya. Orang itu menjawab "Pintu Masuk".

Kisah Kasih Suami Pada Isteri 
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."
Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

"Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Paling Bersih
Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : "Bagaimana perasaan anda terhadap hidangan dan layanan kami?"

Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."

Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"

Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

No comments:

Post a Comment